Majlis Iftar Ramadhan dan TN50 Himsak Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

10 Jun 2017, Majlis Iftar Ramadhan dan TN50 Himsak anjuran Himsak Unikl telah berlangsung di Kg Baru, Kuala Lumpur turut hadir mewakili Himsak Kebangsaan ialah Naib Presiden 2 Himsak, En Nurul Hafiz Ibrahim dan juga Setiausaha Agung Himsak, Saudara Hidayatullah. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar dan penuh ukhwah. Tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Himsak Unikl diatas penganjuran ini, Semoga usaha mengeratkan silaturrahim sesama mahasiswa anak kelantan ini akan menjadi pemangkin Perubahan Kelantan Masa Hadapan.