Malam Gelombang Merah HIMSAK 2017

 

KUALA LUMPUR, 22 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa kerohanian, intelektual dan emosional merupakan tiga elemen penting bagi melakukan perubahan di Kelantan ketika berucap pada Malam Gelombang Merah Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) di Menara Berkembar Bank Rakyat di sini, malam ini.

Sambil memuji HIMSAK yang mampu bertahan sejak 10 tahun dahulu, Ahmad Zahid juga menyeru negeri-negeri lain agar mencontohi pertubuhan itu.

Pada majlis itu, timbalan perdana menteri menyampaikan Anugerah Tokoh Anak Kelantan Terbilang HIMSAK 2017 kepada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed merangkap Penaung HIMSAK, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa serta Presiden HIMSAK Datuk Mohd Faizal Daud.

Malam Gelombang Merah HIMSAK 2017 diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-10 HIMSAK.